Wednesday, April 10, 2013

Kepimpinan Datuk Seri Najib Dari Pandangan Anak Muda.

Pada 3 April 2013 genaplah empat tahun era kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilihat memacu kemajuan pembangunan negara dengan amat cemerlang di persada dunia. Terdapat pelbagai pandangan akademik, pandangan umum, pandangan yang berbentuk banyak persepsi berkaitan kepimpinan beliau, namun penulis memperincikan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak (DSNTR) dari kaca mata penulis yang mewakili sebahagian pandangan umum orang muda. DSNTR cukup mesra dengan orang muda. Ini adalah kerana beliau sendiri telah berpengalaman memimpin dalam organisasi politik ketika beliau masih lagi dalam kategori muda seawal umur 24 tahun lagi. Ketika itu, beliau telah berpengalaman menjadi ahli parlimen dan juga Menteri Besar termuda yang dilihat membawa legasi Allahyarham ayahanda beliau Tun Razak yang cukup hebat. Legasi tanggungjawab itu bukanlah suatu bebanan kepada beliau tetapi ianya diambil sebagai pembakar semangat, contoh tauladan dan inspirasi kepada beliau dalam memimpin organisasi politik yang diterajui ketika itu sehingga kini. Untuk menulis segala pencapaian beliau sepanjang 4 tahun sehingga kini adalah cukup panjang dan banyak juga telah diulas dengan pelbagai aspek dengan kronologi yang sangat lengkap oleh pelbagai pihak. Pencapaian beliau selama empat tahun boleh dilihat sangatlah cemerlang, gemilang dan terbilang pada pandangan seorang anak muda seperti penulis. Pencapaian beliau merangkumi aspek politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan teknologi sudah cukup jelas dilihat bahawa beliau amat prihatin dengan rakyat secara umumnya dan sangat prihatin kepada anak muda secara khasnya. Di samping itu, DSNTR bukan sahaja seorang yang sangat petah meluahkan kebijaksanaan dengan kata-kata pidato yang membakar semangat, yang paling penting beliau tidak beretorik kosong, beliau cakap, beliau buat, beliau janji dan beliau tepati.


Anak muda seperti penulis melihat dan berpandangan DSNTR membawa ‘aura’ semangat orang muda yang cukup gagah perkasa melalui kehebatan beliau berpidato, senyuman dan kemesraan beliau menjadi inspirasi kepada anak muda. Sebagai contoh, sebaik sahaja menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia,pada 5 April 2013, DSNTR memperkenalkan konsep 1Malaysia ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’ yang dilihat bersifat majmuk dan mesra rakyat yang menjadi teras kepada perpaduan dan keamanan negara. Anak muda seperti penulis melihat ini adalah suatu pembaharuan yang segar kerana di dalam dunia globalisasi tanpa sempadan ini perhubungan antara kaum dan integrasi nasional sangat penting kerana jaminan keamanan dan perpaduan itu menjadi harapan masa depan untuk anak muda hidup dengan penuh harmoni dan rasa selamat. Selain itu, anak muda sangat prihatin dengan isu peluang pekerjaan selepas tamat pengajian sama ada di sekolah mauhupun di universiti. DSNTR telah melancarkan 1Azam (Akhiri Zaman Miskin) yang bertujuan memperluaskan bidang keusahawanan kepada golongan yang tidak mampu dan penganggur tegar di kalangan rakyat terutamanya mahasiswa. Pelancaran 1Malaysia For Youth (1M4U) pula dilihat suatu usaha dari kerajaan untuk meningkatkan sifat sukarelawan seterusnya mendidik anak muda supaya menjadi pimpinan masa depan yang boleh berkhidmat kepada masyarakat.




Banyak lagi untuk dinukilkan di sini mengenai keprihatinan DSNTR dalan dunia pendidikan untuk pelajar seperti Skim Bantuan Pelajar sebanyak RM100 yang telah memanfaatkan 5.4 juta pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 5 adalah sangat membantu keluarga yang mempunyai tanggungan anak yang ramai terutamanya bagi mereka yang berpendapatan rendah. Di samping itu, berita paling menggembirakan pada tahun 2013, penambahan peruntukan sebanyak RM2.6 bilion pada 2013 bagi bantuan geran per-kapita, bantuan makanan asrama, Rancangan Makanan Tambahan, dan pembelian buku teks untuk para pelajar telah membuktikan secara jelas bahawa DSNTR sangat prihatin dengan kebajikan anak-anak muda pelajar ini. Manakala Baucer Buku 1Malaysia RM250 pula yang telah diberikan kepada 1.3 juta pelajar IPT dan pra-universiti juga menggalakkan lagi budaya intelektual di kalangan mahasiswa untuk mendapatkan buku-buku yang berkualiti sebagai sumber rujukan ilmiah. Kegusaran anak-anak muda yang baru bekerja setelah tamat pengajian di Institut Pengajian Tinggi mengenai harga rumah yang melambung tinggi telah diselesaikan dengan perlaksanaan PR1MA (Perumahan Rakyat 1Malaysia) yang dilancarkan pada 2011. Sebanyak 80,000 unit rumah mampu milik telah dilancarkan khas untuk anak-anak muda berpendapatan sederhana dan rendah dengan peruntukan sebanyak RM500 juta. BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) yang telah diberikan sebanyak 2 kali pada tahun 2012 dan 2013 juga telah meringankan beban semua lapisan masyarakat yang memerlukan terutamanya untuk anak-anak muda yang sedang membina kekuatan simpanan kewangan peribadi setelah tamat belajar dan baru mula bekerja.




DSNTR juga sangat menjunjung agenda keterbukaan dan transformasi dan dapat dilihat beliau memahami jiwa anak-anak muda yang selalunya bersifat sangat agresif, proaktif untuk meluahkan ekspresi mereka berkaitan isu-isu pendidikan mahupu media yang bebas. DSNTR telah bertindak dalam usaha memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, memansuhkan Ordinan Darurat dan juga dibuat semula kajian semula iaitu Akta Universiti dan Kolej Universiti. Sesungguhnya pendirian DSNTR yang sangat terbuka dan merupakan sebahagian dari transformasi kerajaan ini jelas menutup mulut pihak dari parti pembangkang yang sering menjadikan isu-isu ini untuk menempelak kerajaan secara membuta tuli. Apabila menyentuh soal isu keselamatan terutamanya yang melibatkan isu tragedi di Lahad Datu, penulis sebagai anak muda melihat DSNTR merupakan pemimpin unggul yang bertindak dengan cukup pantas dan tegas. Tindakan DSNTR yang sangat proaktif dengan mewujudkan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) meliputi 10 daerah sebagai memberi asas perundangan kepada Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) telah memberikan harapan baru yang sangat kukuh kepada masyarakat di negeri Sabah bahawa beliau tidak berkompromi dengan isu keselamatan negara. Penyelesaian kepada isu-isu keselamatan di Lahad Datu yang telah berlaku secara pantas dan efektif, jelas menunjukkan sikap tanggungjawab dan kredibilti DSNTR yang berjiwa besar dan sangat prihatin kepada rakyat apabila beliau sendiri turun padang, mendengar masalah penduduk di Sabah dan yang paling penting perwira-perwira yang terkorban dihargai sebagai pahlawan negara dan kebajikan ahli-ahli keluarga perwira-perwira negara diambil berat oleh DSNTR.






Selain itu, DSNTR juga menjadi contoh lambang keberanian kepada anak-anak muda di Malaysia apabila menjadi Perdana Menteri Malaysia pertama yang menjejakkan kaki di bumi Palestin pada 22 Januari 2013 yang lepas. Beliau juga terlibat secara aktif dalam acara bersejarah permeteraian perjanjian damai antara kerajaan Filipina dan Barisan pembebasan Islam Moro (MILF) di Manila, Filippina yang sebelum itu telah berlarutan berpuluh tahun lamanya. Dari aspek teknologi pula, penulis sebagai anak muda melihat DSNTR juga memainkan peranan yang cukup positif dalam membangunkan pelbagai prasarana dan inovasi yang cukup progresif. Pada 24 Julai 2009, beliau telah mempelopori tehnologi hijau dengan menubuhkan Majlis Teknologi Hijau seterusnya menjadikan negara Malaysia setaraf dengan negara maju. Pada tahun 2009 juga Pusat Inovasi Negara (MyNIC) dan rangkaian Pusat Kecemerlangan Inovasi (iCoE) juga diwujudkan bagi menggalakkan kegiatan kreatif dan inovasi sebagai sumber komersial baru negara dan ini jelas sangat menguntungkan anak muda yang memang gemarkan idea baru dan terlibat dalam kerja-kerja kreatif. Dan yang paling penting pada 24 Mac 2010, di dunia tanpa sempadan ini, anak muda masa kini yang sangat aktif dengan media baru seperti facebook, twitter, istagram, youtube, sangat teruja dan mengagumi usaha aktif DSNTR yang telah mengumumkan empat insentif dalam Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) untuk mentransformasi Malaysia daripada negara berpendapatan sederhana kepada negara maju. DSNTR juga mendapat pengiktirafan oleh Tokoh-Tokoh Ulama Dunia. Tokoh ulama terkenal di Arab Saudi iaitu Sheikh Dr Abdullah Hamad Jalaly, Mufti Masjidil Haram Makkah Sheikh Dr Sulaiman Al Salumi dan Ketua Hakim Mahkamah Makkah Dr Saleh Darwish dalam satu perjumpaan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Malaysia pada tahun lepas memuji kerajaan Malaysia kerana berjaya mengukuhkan kedaulatan Islamiah apabila meletakkan Islam sebagai agama persekutuan walaupun rakyatnya berbilang kaum dan agama. Para ulama Arab Saudi tersebut juga kagum dengan kepimpinan kerajaan Malaysia yang memupuk hubungan baik antara ulama dan umarak dan mahukan negara Islam lain menjadikan Malaysia sebagai model negara Islam yang maju.



Jelaslah di sini, program transformasi yang telah dirangka dan dilaksanakan oleh kerajaan di bawah pimpinan DSNTR telah berjaya membuat perubahan yang cukup ketara kepada negara untuk kebaikan semua lapisan masyarakat. Gagasan 1Malaysia inilah dilihat dapat menjamin masa depan yang cerah dan gemilang untuk negara dalam merealisasikan segala hasrat wawasan negara. Falsafah 1Malaysia yang bermula sebagai sebuah konsep, dengan sokongan dan dokongan rakyat, 1Malaysia kini sudah menjadi satu falsafah nasional. Kepada anak-anak muda khasnya dan seluruh rakyat Malaysia umumnya, Gagasan 1Malaysia dan segala usaha transformasi negara yang dilaksanakan DSNTR benar-benar membawa inspirasi dan tenaga baru dalam usaha menyatupadukan rakyat. Diharapkan DSNTR dapat terus memimpin Malaysia di penggal yang seterusnya, Penulis yakin, dengan sokongan rakyat semua kepada DSNTR, DSNTR akan terus memperkenalkan banyak lagi program dan inisiatif untuk rakyat dan negara di bawah inisiatif 1Malaysia. Anak-anak muda seperti penulis jelas sangat sayang dan kagum dengan karisma dan kehebatan DSNTR yang dilihat sepanjang 4 tahun pemerintahan beliau sangat mesra dan menyokong pembangunan aktivisme dan intelektualisme anak-anak muda dengan pelbagai agenda transformasi yang telah DSNTR laksanakan. Perjalanan kembara kepimpinan beliau memacu negara bersama rakyat perlu diteruskan. Anak-anak muda akan terus bersama beliau dalam meneruskan kembara ini ke arah menjadikan Malaysia lebih unggul,berdaya saing dan hebat di mata dunia.

Thursday, March 14, 2013

Mengapa anak muda mesti pertahankan kerajaan yang sedia ada? (Bahagian Akhir)

Selain itu, kita dapat lihat, program-program yang dinaungi Kelab UMNO Luar Negara juga melahirkan ramai pemimpin mahasiswa muda yang cukup dinamik di seluruh dunia. Diharap kembalinya mereka ke tanah air nanti akan membuka lagi perkembangan idea dan idealisme yang boleh memajukan negara dari segala aspek kehidupan kerana mereka telah merasai kehidupan yang agak lama di luar negara dan pengalaman itu harus dikongsi. Begitu banyak jasa, usaha dan penglibatan kerajaan dalam mendokong dan menyokong pembangunan anak-anak muda dalam segala aspek lapangan politik, ekonomi dan sosial. Adakah kita mahu memperjudikan segalanya ini dengan mencuba menafikan jasa kerajaan sedia ada ini untuk terus mengembangkan usaha-usaha yang sungguh progresif dan jelas menyebelahi anak-anak muda? Kita tidak menafikan pembangkang mengatakan mereka belum ada track record sebagai kerajaan Pusat. Tetapi penulis melihat kredibiliti pembangkang adalah sangat lemah kerana tiga negeri yang diberi peluang oleh rakyat kepada pembangkang sebagai kerajaan negeri yang memerintah menunjukkan banyak kesan dan nilai yang negatif untuk perkembangan aktiviti anak-anak muda kerana pembangkang dilihat lebih banyak memfokus pada masalah dalaman antara parti mereka yang tidak berkesudahan. Isu PTPTN sebelum ini juga telah menjadi polemik yang dimainkan pelbagai pihak terutamanya parti politik pembangkang khususnya sangat jelas ingin menarik perhatian dan sokongan anak-anak muda terutamanya mereka yang sedang belajar di Institut Pengajian Tinggi. Banyak sekali fakta kukuh menunjukkan PTPTN telah membantu ramai anak muda rakyat Malaysia yang susah dari kampung mahupun bandar untuk menyambung pelajaran ke peringkat tahap tertinggi. PTPTN bukanlah paksaan. Malahan pinjaman PTPTN juga boleh dijadikan biasiswa jika mahasiswa itu belajar bersungguh-sungguh dan mendapat Purata Nilai Gred Terkumpul (CGPA) 3.5 dan ke atas. Orang muda harus menilai contoh kepimpinan secara menyeluruh dan holistik dengan memastikan segala dasar kerajaan yang menjadikan orang muda sebagai tonggak utama haruslah diteruskan. Dasar pembangunan Malaysia yang menyentuh aspek pembangunan ekonomi yang mengarah kepada perpaduan dan integrasi memerlukan penglibatan orang muda secara mapan kerana orang muda adalah generasi baru yang akan menjadi pelapis. Mengambil kata-kata yang diungkapkan oleh Imam Al-Ghazali. Beliau menyebut, "Bahawa jika ingin melihat masa depan sesebuah negara itu, maka lihatlah pada keadaan generasi mudanya hari ini". Jika generasi muda hari ini merupakan generasi yang mempunyai jati diri yang mantap dan hebat, adalah menjadi harapan pada masa depan negara kita akan terjamin menjadi maju, aman dan sejahtera. Sekiranya generasi muda hari ini tidak berpegang pada nilai dan jati diri yang benar dan dibimbing oleh pemimpin politik yang suka menyemai budaya kebencian dan pemberontakan, maka lihatlah keruntuhan sesebuah negara yang kita sesekali tidak ingin ia berlaku.

Mengapa anak muda mesti pertahankan kerajaan yang sedia ada? (Bahagian 1)

Mengapa anak muda mesti pertahankan kerajaan? SEPANJANG berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO 2012 baru-baru ini di PWTC, menunjukkan kesediaan barisan kepimpinan kerajaan memberi ruang dan peluang kepada pemimpin-pemimpin belia untuk menonjolkan bakat kepimpinan. Di PWTC berdekatan dengan Perhimpunan Agung UMNO itu, juga berlangsungnya Himpunan Wanita Muda Negara 2012 yang dilihat telah mencapai matlamat yang disasarkan untuk memberikan nafas baru penonjolan kepimpinan belia wanita yang selama ini agak tenggelam di peringkat nasional. Semua program besar ini menunjukkan iltizam dan kesungguhan kerajaan pusat masa kini mendokong kepimpinan masa depan anak-anak muda negara. Perlunya kerajaan sedia ada ini disokong berdasarkan beberapa sebab. Pertamanya ia adalah kerana kredibiliti kerajaan itu yang terbukti memberikan pelbagai sokongan melalui pelbagai cara dan perancangan kepada para belia dan orang muda untuk berekspresi. Sebagai contoh, Majlis Belia Malaysia (MBM) adalah sebuah badan kepimpinan belia yang disokong sepenuhnya kerajaan yang menjadi penaung kepada pelbagai persatuan belia negeri dan daerah di bawah seliaan MBM. Program-program belia yang dilaksanakan MBM amat menyeluruh meliputi kepimpinan, sukan, hobi persendirian dan pelbagai seni hiburan. Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pula menunjukkan sokongan anak-anak muda kepada kerajaan adalah di tahap yang amat membanggakan. Pelbagai program belia diatur di situ dan dapat dilihat aspirasi kerajaan yang bersungguh-sungguh untuk memperkasakan idealisme dan aktivisme anak-anak muda. Selain itu, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang banyak ditubuhkan dengan sokongan kerajaan juga mempunyai dasar untuk pembangunan ekonomi-ekonomi orang muda dan belia. Sebagai contoh, Tekun, Mara, PUNB, Fama misalnya mempunyai dana khas untuk membantu lepasan mahasiswa dan mahasiswi untuk mendapatkan bantuan pembiayaan dari aspek pembangunan ekonomi usahawan-usahawan muda. Jumlah golongan muda yang berjaya meneruskan pengajian mereka di institusi pengajian tinggi juga semakin bertambah. Menurut sumber Kementerian Pengajian Tinggi, sehingga 2012 sahaja sejumlah lebih 500,000 anak-anak muda telah berjaya ke IPTA. Anak-anak muda tanah air juga perlu sedar yuran pengajian di Malaysia adalah sangat rendah di dunia kerana telah diberi subsidi. Para pelajar melalui sistem pendidikan negara semakin ramai yang mencapai kejayaan cemerlang dalam keputusan peperiksaan di peringkat UPSR, PMR, SPM, STAM dan STPM. Majlis Penggalakan Ekonomi Belia (MPEB) juga diwujudkan bagi membantu golongan muda yang ingin berniaga mendapatkan maklumat dan bantuan. Dari aspek pembangunan kerohanian pula, ketika zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad, Radio IKIM. FM telah dirasmikan. Kemudian diikuti TV Al-hijrah di zaman Datuk Seri Najib Tun Razak. Media elektronik juga dimasukkan dan diserapkan dengan elemen kerohanian yang mendekatkan diri kepada ajaran Islam yang syumul dan tidak dikesampingkan oleh kerajaan. Penubuhan Institusi Darul Quran di bawah seliaan Jakim juga memastikan kelangsungan para huffaz dapat diramaikan lagi di bumi bertuah ini. Pertandingan musabaqah al-Quran juga yang dianjurkan saban tahun peringkat negeri seterusnya peringkat negara dan juga di peringkat dunia dilihat menarik ramai peserta saban tahun di Malaysia.

Friday, April 13, 2012

Beza antara ilmu, pengetahuan dan maklumat...

Bagaimana hendak kita pastikan ilmu atau maklumat yang dikata benar itu tak benar dan yang dikata tak benar itu benar? Sebagai contoh, maklumat atau ilmu tentang sejarah pahlawan-pahlawan dunia, sejarah nabi versi israiliyat, teori-teori konspirasi, penafisran hadis-hadis dan uslub-uslub ilmu? Sedangkan yang membenar dan tidak membenarkan itu juga tiada di tempat atau tarikh kejadian? Adakah maklumat atau ilmu itu bersifat neutral tapi PENAFSIRAN itu yang membezakannya dan PENAFSIRAN itu pula bergantung pada SIAPA yang menafsirkannya? Mohon pencerahan kepada sesiapa dari saya yang jahil dan hina ini...

Sambungan dari persoalan saya di atas. Apakah beza antara ilmu, pengetahuan, maklumat? Buku Wan Noor Daud saya dah baca.. sangat menarik kupasannya..Saya tengah cuba cari edisi update buku Wan Noor Daud sbb dia ada tambah topik baru dalam buku tu..tq Ikmal Hisham bg link artikel Farish Noor tu..kupasan yg menarik juga dan ianya bukanlah jawapan yg absolute kerana makin ramai guru yg kita jumpa makin banyak interpretasinya...

Jawapan ustaz Wan Ji At-ta'aduddi kata " riwayat yang mempunyai sanad yang meragukan... perawi yang tidak benar, bohong dll." Saya balas balik... "Pentingnya ilmu SANAD itu.. tapi sejauh manakah approch di IPTA/IPTS dalam bidang-bidang agama Islam di Malaysia pempraktiskannya dan adakah di zaman kini, kita sebenarnya banyak bergantung pada pembacaan manuskrip semata-mata.. Kadang-kadang apabila pakar di Jabatan Bidang Usuluddin di tanya isu-isu Syariah dengan mudah-mudah saja ditolak dgn mengatakan " Baik anta tanya pakar di bidang Jabatan syariah sbb ana dari Jabatan Usuluddin.." Rasanya zaman talaqi ulumul Islam zaman nabi, para sahabat dan tabiin tidak dipecahkan kepada kepakaran ikut jabatan kot...(Ini adalah tafsiran saya yg tidak neutral)..hehe...

PEMIKIRAN POLITIK GENERASI LAMA DAN BARU!

Adakah generasi X,Y,Z yang berumur 40-an ke bawah masih lagi berfikir mengenai isu kepimpinan dan isu politik dalam konteks paradigma doktrinasi parti politik atau berdasarkan minat pada figura tokoh-tokoh pemimpin politik? Contoh mudah yang saya ingin berikan:-

Parti A adalah Parti yang hebat dan kuat tapi calonnya adalah tidak credible dan kalaupun tidak korupsi beliau sudah tua umur lebih 50 tahun . Manakala Parti B lemah, tidak kuat tapi tokohnya orang muda generasi X,Y,Z yang energetik dan banyak idea. Parti A kah atau Parti B kah yang akan jadi pilihan?

Adakah pemilihan ahli parlimen atau adun pada pilihanraya kali ini berdasarkan kekuatan "Parti Politik" atau kekuatan " Calon Parti Politik" oleh generasi X,Y,Z ini? Isu ini berat harap-harap adalah yang boleh bagi komen yang bernas pada post saya ini sebagai percambahan idea...

Sebenarnya generasi X,Y,Z yang berumur 40 tahun ke bawah melalui my personal view, tidak mudah terpengaruh atau didoktrinasi dengan mana-mana maklumat atau pemikiran dari kedua-dua parti politik pembangkang mahupun kerajaan. Generasi ini sangatlah unik sekalipun mereka mengikut program, puji sesuatu idea dari parti kerajaan misalannya, dalam masa yang sama esok hari boleh pula memuji idea dari parti pembangkang dan hadir program mereka tanpa segan silu.

Generasi lama yang tua-tua nilai-nilai sentimental sangat kuat dengan parti politik dokongan masing-masing tambah-tambah pula mereka tidak mesra sangat dengan teknologi tanpa sempadan menggunakan internet dgn aplikasi google/yahoo/facebook/lve streaming. Boleh sahaja generasi muda X,Y,Z ini jika ADUN mereka pangkah parti kerajaan, untuk PARLIMEN mereka pngkah pembangkang dan sebaliknya berdasarkan isu parti atau kredibiliti calon-calon itu tersendiri.

Aku bersyukur hidup dalam generasi X,Y,Z ini di mana semua maklumat adalah di hujung jari .Aku tak perlu TV atau surat khabar kertas untuk tahu berita dan apa sahaja maklumat. Sebarang maklumat dari pembangkang ,mahupun kerajaan dapat ditapis dan dinilai dengan sumber maklumat yang cukup banyak di hujung jari. Alhamdulillah...

TAWARAN JANJI PILIHANRAYA OLEH KERAJAAN PERLULAH OBJEKTIF BUKAN SUBJEKTIF.

Istilah Generasi X, Y dan Z digunakan untuk merujuk kepada kelompok generasi dalam kumpulan umur tertentu. Don Tapscott dalam bukunya Grown Up Digital membahagikan demografi penduduk kepada beberapa kelompok berikut:

1. Pre Baby Boom (lahir pada 1945 dan sebelumnya)
2. The Baby Boom (lahir antara 1946 – 1964)
3. The Baby Bust (lahir antara 1965 – 1976) – Generasi X
4. The Echo of the Baby Boom (lahir antara 1977 – 1997) – Generasi Y
5. Generation Net (lahir antara 1998 hingga kini) – Generasi Z

Bolehlah disimpulkan berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan Malaysia; gabungan generasi X,Y,Z mewakili 42% rakyat Malaysia. Ini bermakna generasi X,Y,Z adalah generasi belia masa kini yang celik IT, maklumat diperolehi bukan lagi bersandarkan dan berdasarkan media arus perdana seperti Utusan, Berita Harian, RTM,TV3 atau Rangkaian Media Prima sahaja, tetapi maklumat semuanya di hujung jari mereka melalui google/yahoo/facebook.

Setiap parti politik harus menawarkan "OFFER/PROMISES" pilihanraya yang lebih objektif bukan sekadar ayat-ayat dahulu kala yang "kami ingin tawarkan kemajuan, keamanan,kemewahan,peluang kerja, pembangunan infrastruktur" kerana ianya dianggap begitu umum dan tidak jelas untuk menarik sokongan pengundi X,Y,Z... Renung-renungkanlah parti-parti politik yang akan bertanding sekalian...

DISKUSI PTPTN : PRO DAN KONTRA HAPUSKAN PTPTN.

Terdapat views PRO dan KONTRA di sini. Apabila generasi X,Y,Z seperti saya yang ada pengalaman menikmati "rahmat" PTPTN ini jika PRO hapus PTPTN jangan kami dilabel terpengaruh dengan pembangkang, dan kalau kami KONTRA hapus PTPTN janganlah pula kami ini dituduh tali barut parti kerajaan. Masing-masing generasi X,Y,Z akan mengkaji maklumat guna GOOGLE/YAHOO/FACEBOOK/LIVE STREAMING/YOUTUBE. Apa sahaja keputusan generasi X,Y,Z maybe kerana ikut emosi dan ramai juga kaji melalui medium SOCIAL NETWORKING yang menyeluruh..

My personal viewlah...(Tolong jangan label saya apabila saya nak buat decision PRO/KONTRA di sini ya?) Mereka yang success high achievers dengan biasiswa JPA nya, biasiswa kerajaan negerinya, dahlah kerja gaji besar sebagai doktor, pensyarah , guru dan sebagainya memang saya yakin ramai yang tidak kisah pun dan mungkin kutuk lagi pembangkang nak hapuskan hutang PTPTN. Tapi yang peliknya yang terbeban dengan PTPTN pun nak juga kutuk pembangkang hapuskan hutang PTPTN korang kenapa ya?

Kerajaan kata boleh bankrupsi negara kita, pembangkang kata negara banyak wang? Mana satu yang betul? Sila guna applikasi GOOGLE/YAHOO/FACEBOOK/LIVE STREAMING/YOUTUBE dan anda akan dapat jawapannya. Ada pendapat yang PRO PTPTN dihapuskan mengatakan sebegini, "Yang kat IPTA memang banyak duit lebih. Yang di IPTS tu yang kasihan. Ramai sebenarnya KAPITALIS yang buat big money dengan IPTS kemudian manfaatkan PTPTN untuk keuntungan KAPITALIS. Mahasiswa hanya orang tengah untuk jadi perantara untuk pastikan duit PTPTN terus mengalir kepada "MEREKA".

Ada pendapat yang PRO hapus PTPTN ni kata lagi, "Lepas tu kerja pun susah dapat sebab IPTS tu sendiri banyak yang tak credible, rumah kedai, yang diploma nak sambung degree pun susah. Kerja tiada tapi dah kena mula bayar PTPTN. Nak kerja KFC boleh tapi nanti kena kutuk pula dengan family belajar diploma/degree tinggi-tinggi tak kan kerjaKFC, MCD atau promoter di SOGO saja? Memang bagus sangatlah pendidikan percuma ni. Tapi sah-sahlah KAPITALIS akan mengamuk sebab income mereka akan terjejas melalui wang atas angin melalui IPTS milik dia orang."