Thursday, December 29, 2011

Manisfesto yang menarik dari perspektif seorang anak muda! (Mereka ini perlu dibimbing sekalipun ada bau-bau pengaruh Parti Pembangkang...)

POLITIK


Menolak politik perkauman - terutamanya parti yang hanya membela sesetengah kaum sahaja


Menolak politik yang yang tidak membawa kepentingan awam seperti politik lucah dan politik fitnah


Menggalakkan budaya politik yang berasaskan intelektual dan kemanusiaan


KEHAKIMAN & UNDANG-UNDANG



Memperjuangkan kehakiman yang independen


Mendesak lebih banyak perkhidmatan bantuan guaman kepada kaum miskin


Menolak kenaikan kos guaman supaya orang miskin boleh mempunyai hak yang sama di bawah undang-undang


Mansuhkan segala undang-undang yang bercanggah dengan Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat seperti ISA, AUKU, Hukuman Mati Mandatori dan lain-lain



EKONOMI


Menolak pengagihan ekonomi berdasarkan kaum

Menolak penswastaan kemudahan yang mempunyai kepentingan awam

Menolak monopoli pasaran dan mendesak campur tangan kerajaan apabila terdapat persaingan yang tidak adil antara pengusaha

Menyokong 'open tender' supaya perbelanjaan cukai rakyat dapat dikurangkan

Mendesak kerajaan membantu SME dan perniagaan tempatan untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan

Mendesak kerajaan menetapkan dasar dan polisi penjaminan pekerjaan yang berpanjangan kepada rakyat terutamanya Orang Kelainan Upaya

Menggalakkan perusahaan dan perniagaan yang kreatif

Menolak rasuah


KEWANGAN




Mendesak kerajaan untuk merapatkan jurang antara orang miskin dan orang kaya dengan memkaji semula dan memperbaiki sistem percukaian

Menolak GST

Mendesak kerajaan menolong keluarga miskin dengan memberi bantuan kewangan dari semasa ke semasa


PENGANGKUTAN AWAM



Mendesak tren, bas, teksi dan pengangkutan lain-lain menambahbaikan perkhidmatan


Mendesak kerajaan untuk mengkaji semula kontrak TOL supaya wang cukai tidak dibazirkan


PERUMAHAN



Mendesak kerajaan memperbaharui dan membaiki rumah-rumah yang tidak sempurna supaya kualiti kehidupan rakyat miskin bertambah baik


Menolak pakatan pengusaha dan kerajaan untuk menguasai pasaran dan harga perumahan


KESELAMATAN



Mendesak PDRM untuk menambahbaikan keselamatan di kawasan bukan bandar


PENDIDIKAN


Memperjuangkan Pendidikan Percuma sehingga ke Universiti


Mendesak kerajaan untuk menilai subjek bahasa dengan empat kategori - Pendengaran, Percakapan, Penulisan dan Pemahaman


Mempertahankan Pendidikan Bahasa Ibunda


Menolak sistem pendidikan yang terlalu fokus kepada peperiksaan


Menolak kuota universiti berdasarkan kaum dan mendesak kerajaan membuka lebih banyak tempat untuk kemasukan mahasiswa


Memperjuangkan kebebasan akademik


Mendesak kerajaan untuk mengembalikan otonomi universiti kepada mahasiswa


Mendesak kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai Pusat Intelektual di Asia Tenggara dengan membekal pendidikan yang berkualiti


PEKERJA



Mendesak kerajaan untuk menggubal Akta Gaji Minima untuk setiap bidang pekerjaan yang berlainan


Mempertahankan hak pekerja dengan menggalakan budaya rundingan dengan majikan


HAK ASASI



Memperjuangkan hak asasi manusia seperti yang dinyatakan dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat


KESIHATAN



Mendesak kerajaan menambahbaikan kualiti perkhidmatan hospital awam


Menolak kenaikan kos perubatan


Mendesak kerajaan mengadakan Skim Kesihatan dan Perubatan bagi keluarga akar umbi


Menggalakan persekitaran yang bersih supaya kesihatan rakyat dijamin

Sunday, December 25, 2011

Cara untuk Malaysia menjadi Penakluk Asia Tenggara...

Untuk menakluki Asia Tenggara,kita perlukan kekuatan ekonomi yang utuh dan kekuatan angkatan tentera yang ramai.Saya mencadangkan kita memajukan ekonomi Malaysia terlebih dahulu ke tahap dimana semua rakyat Malaysia hidup makmur.Selepas kita mencapai kekuatan ekonomi yang mapan,kita perlu memastikan kestabilan politik Malaysia di tahap yang terbaik jadi untuk memastikan keadaan ini berlaku kita memerlukan pemimpin yang berani seperti Hitler dimana kepetahan berpidatonya membuatkan orang Jerman bersatu diatas nama bangsa Aryan.Ia juga boleh berlaku di Malaysia dimana pemimpin yang kita mahukan adalah pakar propaganda untuk menyatukan penduduk Malaysia dengan sebenar-benar bersatu.Perkara ini boleh terjadi sekiranya penduduk majoriti Malaysia iaitu Melayu bersatu secara total.

Selepas itu,kita akan membina angkatan tentera yang kuat.Saya menekankan kita perlukan kekuatan tentera udara yang 'superior' dimana dalam Al Quran Surah Al Fil telah memberi 'clue' serangan udara adalah yang sebaik baik teknik dalam peperangan.Kita lihat juga bagaimana USA dengan kekuatan tentera udaranya dengan mudah melancarkan serangan invasi ke atas Iraq dan Afghanistan.
Selain itu,kita perlukan tentera laut yang kuat dimana kita mesti memiliki kapal kapal perang jenis 'air carrier' untuk kemudahan mengangkut pesawat pejuang kita.Kapal 'Destroyer' yang dilengkapi artileri jarak jauh supaya kita boleh melemahkan kubu pertahanan musuh dan mudah untuk kita menyerang mereka setelah kita menghantar infantri nanti.

Senjata yang paling penting yang perlu kita ada ialah NUKLEAR. Senjata ini kita gunakan sebagai taktik psikologi kepada pihak musuh.Inilah senjata yang ampuh dan boleh digunakan di saat saat genting.Sekiranya kita memiliki kelengkapan persenjataan yang hebat,rakyat yang hidup makmur dan sentosa,ekonomi bergiat maju dan kestabilan politik yang optimum. Tanpa peperangan kita boleh menakluki Asia Tenggara dengan melancarkan PROPAGANDA.

Kaedah ini memberi kesan kepada rakyat mana mana negara Asia Tenggara yang mahukan kehidupan makmur setelah melihat kemakmuran Malaysia dan ditambah pula kita letakkan slogan 'Asia Tenggara untuk Melayu Nusantara' dijangka akan memberi impak yang maksima kepada penduduk di negara Asia Tenggara khususnya rumpun Melayu.Bila ini terjadi,sedikit demi sedikit rakyat negara tersebut akan memberontak dan mahu menyertai Malaysia.Mereka tidak dapat menghalang kemaraan rakyat mereka yang mahu menyertai kita setelah melihat akan kekuatan tentera kita dan memiliki senjata nuklear.Projek ini mungkin mengambil masa 50-100 tahun dengan syarat ideologi yang akan kita serapkan nanti bermula dari sekarang.

Saturday, August 6, 2011

Apabila masjid di politikkan...

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Ramadhan buat semua pembaca blog saya ini...

Masjid sememangnya tempat yang paling cukup berkat untuk sebaran ilmu. Tapi dari aspek mana, cara apa, kaedah yang bagaimana ilmu itu harus disampaikan? Sebagai contoh di sebuah masjid di kawasan Ampang misalnya, tazkirah ramadhan diselang selikan ketika solat tarawih adalah suatu langkah sebaran ilmu yang bagus. Tapi jika masa yang diambil terlalu lama sehingga mencecah 40 minit di pertengahan tarawih saya berpendapat tidak sesuai.

Ditambah pula si penceramah menyelitkan pendekatan sindiran politik kepada pemimpin-pemimpin dan parti-parti tertentu ianya nampak lebih tidak manis. Tapi saya merasakan ianya subjektif, kerana penceramah mungkin melihat audiens terdiri dari penyokong parti yang kuat membangkang kerajan maka sindiran politik sebegitu adalah diperlukan.

Tapi saya berpendapat kaedah dakwah sepatutnya menggunakan perkataan dan contents yang lebih kepada approach ilmiah dan dakwah secara general. Aspek ketauhidan, ketakwaan perlu dirungkai tanpa perlu menggunakan sindiran politik tempatan tetapi yang perlu dirungkai sepatutnya adalah merujuk pada ulama-ulama muktabar yang tidak menyentuh sensitiviti politik tempatan semata-mata.

Saya lebih suka kaedah yang digunakan oleh mereka di dalam Jemaah Tabligh atau pendekatan Tok Guru- Tok Guru sekolah pondok. Lebih lembut, lunak dan bersifat universal. Pendekatan seperti jemaah-jemah Islam seperti ABIM, JIM, ISMA juga rasanya lebih sesuai kerana lebih berilmiah dan intelek.

Walau bagaimanapun, masjid tersebut di bawah seliaan ahli masjid yang kebanyakannya adalah terdiri dari ahli parti politik Pakatan Rakyat nampak lebih aktif, agresif untuk memastikan masjid tersebut penuh dengan ceramah-ceramah ilmu agama berbanding sebelum ini dijaga oleh ahli masjid yang kebanyakkannya ahli parti politik Barisan Nasional yang begitu beku dengan majlis ilmu dan masjid pula sentiasa ditutup awal...

Saturday, July 2, 2011

Himpunan BERSIH. Antara tiga perspektif berbeza.

Perspektif pertama iaitu mereka yang bersetuju.

Perlembagaan Malaysia mengandungi 131 Perkara yang menyentuh pelbagai aspek pemerintahan. Perlembagaan juga mengandungi 16 Bahagian. Antara bahagian yang ingin ditonjolkan di sini ialah bahagian II.

Bahagian II : Kebebasan Asasi

Bahagian ini menyatakan kebebasan-kebebasan asasi yang kita miliki; hak untuk hidup dan kebebasan; kebebasan daripada perhambaan dan menjadi buruh paksaan; kesamarataan di sisi undang-undang; kebebasan bergerak; kebebasan bercakap, berhimpun dan bersekutu; kebebasan agama; hak untuk berpendidikan; dan hak untuk memiliki harta.

Dengan menafsirkan secara literal sudah pasti perhimpunan sebegitu mesti dibenarkan. Walau bagaimana pun hak untuk berhimpun sebegitu mesti ada hadnya. Bolehkah perhimpunan sebegitu diadakan setiap hari? Dalam konteks BERSIH 2.0. Permit telah diminta, namun pihak berkuasa tidak memberi sebarang response yang sewajarnya.

Perhimpunan BERSIH 2.0 dijanjikan oleh pihak penganjur adalah secara aman. Tetapi adakah pihak penganjur boleh menjamin jika ada anasir-anasir jahat yang akan merancang untuk membuat provokasi di dalam perhimpunan tersebut dapat dikawal? Apa-apa pun perhimpunan sebegini jika kena caranya memang boleh membawa dimensi baru dalam pemikiran politik masyarakat.Jika di negara-negara maju seperti United States of America. Perhimpunan rakyat memang selalu diadakan dan polis mengawal dengan cukup baik perhimpunan awam yang dilaksanakan.Gambar di bawah menunjukkan perbezaan perhimpunan awam di negara tak maju dan negara maju.


Perspektif kedua yang tidak bersetuju.

Perhimpunan sebegini bakal mengundang ketidak tenteraman awam, rusuhan,pergaduhan dan provokasi. Tuntutan BERSIH 2.0 itu dilihat boleh dibuat tanpa perhimpunanan sebegini. Provokasi boleh datang dari orang ramai yang terdiri dari pelbagai latar belakang dan juga polis juga boleh membuat provokasi. Perhimpunan sebegini boleh saja dibuat di stadium yang ada di negeri-negeri pembangkang. Dan yang menjadi bantahan paling hebat ialah isu Ketua Penganjurnya ialah seorang peguam yang bernama Ambiga yang dilihat sebagai seorang liberal yang selalu memperjuangkan isu-isu hak kebebasan yang mengguris hati umat Islam di Malaysia.

Perspektif ketiga.

Ini golongan yang memang tak minat politik tak ikut perkembangan. Ada atau tiada perhimpunan ini dilihat tiada bezanya.