Saturday, August 6, 2011

Apabila masjid di politikkan...

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Ramadhan buat semua pembaca blog saya ini...

Masjid sememangnya tempat yang paling cukup berkat untuk sebaran ilmu. Tapi dari aspek mana, cara apa, kaedah yang bagaimana ilmu itu harus disampaikan? Sebagai contoh di sebuah masjid di kawasan Ampang misalnya, tazkirah ramadhan diselang selikan ketika solat tarawih adalah suatu langkah sebaran ilmu yang bagus. Tapi jika masa yang diambil terlalu lama sehingga mencecah 40 minit di pertengahan tarawih saya berpendapat tidak sesuai.

Ditambah pula si penceramah menyelitkan pendekatan sindiran politik kepada pemimpin-pemimpin dan parti-parti tertentu ianya nampak lebih tidak manis. Tapi saya merasakan ianya subjektif, kerana penceramah mungkin melihat audiens terdiri dari penyokong parti yang kuat membangkang kerajan maka sindiran politik sebegitu adalah diperlukan.

Tapi saya berpendapat kaedah dakwah sepatutnya menggunakan perkataan dan contents yang lebih kepada approach ilmiah dan dakwah secara general. Aspek ketauhidan, ketakwaan perlu dirungkai tanpa perlu menggunakan sindiran politik tempatan tetapi yang perlu dirungkai sepatutnya adalah merujuk pada ulama-ulama muktabar yang tidak menyentuh sensitiviti politik tempatan semata-mata.

Saya lebih suka kaedah yang digunakan oleh mereka di dalam Jemaah Tabligh atau pendekatan Tok Guru- Tok Guru sekolah pondok. Lebih lembut, lunak dan bersifat universal. Pendekatan seperti jemaah-jemah Islam seperti ABIM, JIM, ISMA juga rasanya lebih sesuai kerana lebih berilmiah dan intelek.

Walau bagaimanapun, masjid tersebut di bawah seliaan ahli masjid yang kebanyakannya adalah terdiri dari ahli parti politik Pakatan Rakyat nampak lebih aktif, agresif untuk memastikan masjid tersebut penuh dengan ceramah-ceramah ilmu agama berbanding sebelum ini dijaga oleh ahli masjid yang kebanyakkannya ahli parti politik Barisan Nasional yang begitu beku dengan majlis ilmu dan masjid pula sentiasa ditutup awal...