Saturday, July 2, 2011

Himpunan BERSIH. Antara tiga perspektif berbeza.

Perspektif pertama iaitu mereka yang bersetuju.

Perlembagaan Malaysia mengandungi 131 Perkara yang menyentuh pelbagai aspek pemerintahan. Perlembagaan juga mengandungi 16 Bahagian. Antara bahagian yang ingin ditonjolkan di sini ialah bahagian II.

Bahagian II : Kebebasan Asasi

Bahagian ini menyatakan kebebasan-kebebasan asasi yang kita miliki; hak untuk hidup dan kebebasan; kebebasan daripada perhambaan dan menjadi buruh paksaan; kesamarataan di sisi undang-undang; kebebasan bergerak; kebebasan bercakap, berhimpun dan bersekutu; kebebasan agama; hak untuk berpendidikan; dan hak untuk memiliki harta.

Dengan menafsirkan secara literal sudah pasti perhimpunan sebegitu mesti dibenarkan. Walau bagaimana pun hak untuk berhimpun sebegitu mesti ada hadnya. Bolehkah perhimpunan sebegitu diadakan setiap hari? Dalam konteks BERSIH 2.0. Permit telah diminta, namun pihak berkuasa tidak memberi sebarang response yang sewajarnya.

Perhimpunan BERSIH 2.0 dijanjikan oleh pihak penganjur adalah secara aman. Tetapi adakah pihak penganjur boleh menjamin jika ada anasir-anasir jahat yang akan merancang untuk membuat provokasi di dalam perhimpunan tersebut dapat dikawal? Apa-apa pun perhimpunan sebegini jika kena caranya memang boleh membawa dimensi baru dalam pemikiran politik masyarakat.Jika di negara-negara maju seperti United States of America. Perhimpunan rakyat memang selalu diadakan dan polis mengawal dengan cukup baik perhimpunan awam yang dilaksanakan.Gambar di bawah menunjukkan perbezaan perhimpunan awam di negara tak maju dan negara maju.


Perspektif kedua yang tidak bersetuju.

Perhimpunan sebegini bakal mengundang ketidak tenteraman awam, rusuhan,pergaduhan dan provokasi. Tuntutan BERSIH 2.0 itu dilihat boleh dibuat tanpa perhimpunanan sebegini. Provokasi boleh datang dari orang ramai yang terdiri dari pelbagai latar belakang dan juga polis juga boleh membuat provokasi. Perhimpunan sebegini boleh saja dibuat di stadium yang ada di negeri-negeri pembangkang. Dan yang menjadi bantahan paling hebat ialah isu Ketua Penganjurnya ialah seorang peguam yang bernama Ambiga yang dilihat sebagai seorang liberal yang selalu memperjuangkan isu-isu hak kebebasan yang mengguris hati umat Islam di Malaysia.

Perspektif ketiga.

Ini golongan yang memang tak minat politik tak ikut perkembangan. Ada atau tiada perhimpunan ini dilihat tiada bezanya.