Monday, November 8, 2010

Jikalau aku jadi Perdana Menteri…

Reformasi atau perubahan dalam negara yang ingin aku laksanakan akan mencakupi 4 kategori ini…

1. Perubahan politik
2. Pembaharuan dari segi ekonomi.
3. Pembaharuan dari segi social.
4. Perubahan dari segi perlaksanaan undang-undang.

Aku akan catatkan pada artikel ini secara rambang dan general. Yang detail siap dengan statistik, kes undang-undang dan laporan audit negara dan rujukan akta-akta undang-undang atau perlembagaan Malaysia akan menyusul kemudian.

Aku tulis isu ni pun sebab dah tak tahan sangat kepala otak aku menanggung idea-idea yang terngiang-ngiang di kepala.. Ini hanyalah suatu bentuk imaginasi dari seorang belia dari kelas marhaen atau pun orang bawahan yang mempunyai kesedaran untuk sama-sama melihat negara ni makmur.

Jangan pula ada dari korang yang bersangka negatif dan kalau boleh doakan lah perkara-perkara yang baik dari idea aku ni boleh dicapai. Mungkin terlalu idealis.. Tapi aku peduli apa.. Ini pendapat peribadi aku.. Sekadar imaginasi sesiapa pun boleh bagi idea kan?.. Dari segi praktikaliti dan reality hanya masa dan rakyat yang akan menentukannya..

Idea-idea ini juga datang dari pembacaan aku, pengembaraan aku, idea rakan-rakan sefikrah dan juga mungkin ada beberapa perancangan tu kerajaan yang sedia ada sekarang ini telah pun usahakan untuk direalisasikan. Kiranya idea ni bukanlah solely atau absolutely dari kotak pemikiran aku. Semuanya hasil pemerhatian, pembacaan dan sudah pastilah hakikatnya Allah s.w.t yang memberi hidayah dan petunjuk kepada manusia…

MANIFESTO KABINET BAYANGANKU..

DARI PERSPEKTIF POLITIK…

1. Penyatuan parti-parti politik melayu Islam. Betul ke UMNO dan PAS tak boleh bersatu macam minyak dan air. Minyak dan air pun boleh bersatu dan ianya tak mustahil sebab kajian sains sedang dijalankan.. Kedua-dua parti adalah parti Melayu yang beragama Islam. Ketepikanlah ego masing-masing.. Doa pada Allah supaya kita semua dapat hidayah.

2. Sistem perundangan Islam dan syariah court perlu mempunyai bidang kuasa yang lebih bagus dari civil law. Cthnya.. murah sangatlah setakat denda beberapa ratus untuk kesalahan zina dan khalwat. Pesalah zina, khalwat pandang remeh saja.

3. Kat dewan negara aku nak lantik ada wakil mahasiswa sebagai senator. Mungkin kita boleh ambil YDP MPP universiti yang terpilih atau pun YDP Persatuan Belia yang terdiri dari mahasiswa. Sebarang isu belia, pendidikan dan idealisme mahasiswa, masalah universiti boleh terus sampai di parlimen.. Barulah pihak pentadbiran H.E.P hormat pada mahasiswa.. Kalau tak H.E.P layan mahasiswa macam budak-budak sekolah.. Ni tak.. Yang kalah pilihan raya.. Rakyat dah tolak diangkat pula jadi senator…

4. Sebagai PM aku nak bagi khutbah Jumaat paling kurang sekali sebulan di Masjid Negara. Kiranya nak bentuk imej Perdana Menteri yang serba boleh. Aku akan ulas detail kat bawah mengenai imej PM yang aku ingin tampilkan.

5. Politik antarabangsa juga perlu mahir. Status Negara Malaysia yang boleh baik dengan semua kuasa-kuasa besar dunia juga perlu dikekalkan.

6. Aku nak pastikan hak-hak bumiputera dan umat Islam terus terjamin. Sedih melihat isu Artikel 121A yang diperkotak-kotikkan oleh non-muslim.. Padahal Artikel 121A dah termaktub jelas dalam Federal Constitution..Ahli-ahli kabinet aku perlu ada kesedaran Islam dan nasionalis yang kuat dan jitu. Ini tak.. Tak habis-habis nak bangga-bangga tayang bini dia artis cun kat surat khabar… isteri kita melambangkan siapa diri kita… simple thing ni pun tak boleh faham ke??

DARI PERSPEKTIF EKONOMI..

1. Segala kajian dan laporan audit negara perlu telus. Kajian teliti harus dibuat melibatkan semua pihak di kalangan ulama, tokoh-tokoh korporat, para akademik dan masyarakat umum. Contohnya:- Perlu dikaji imbangan perbelanjaan kerajaan adakah terlalu membazir atau terlalu berjimat? Jika membazir. Apakah kesannya kepada rakyat. Jika terlalu berjimat apakah kesannya kepada kakitangan kerajaan dan para-para pelabur dalam dan luar negara.

2. Aku nak galakkan sector pertanian dan agro ekonomi macam sekarang ni. Kalau boleh nak ubah dasar supaya negara kita jadi pengeluar makanan macam Thailand. Makanan adalah hak asasi manusia. Kalau sibuk kat industri yang tak menguntungkan rakyat macam Perwaja Steel yang bankrap, infrastruktur-infrastruktur mewah, apartment-apartment mewah kat lereng-lereng bukit buat apa? Boleh bagi perut rakyat kenyang ke? Memang dapat tengok bangunan fizikal cantik..Tapi kalau perut dah lapar semua itu tak berguna.. Adakah ianya menguntungkan rakyat keseluruhan atau orang-orang korporat tertentu?

3. Pelabur antarabangsa perlu disuntik sebanyak mungkin di negara. Tapi perlulah projek yang benar-benar berhasil.. Dengar cerita projek corridor multimedia macam dah senyap je dan terbengkalai.. Pelaburan berasaskan tani, kajian makanan dan sumber perladangan perlu digalakkan. Keuntungan syarikat-syarikat seperti Petronas perlu dikongsi oleh semua orang bukannya kerugian syarikat besar tu ditanggung kerajaan atau rakyat. Sebabnya kerajaan juga beroperasi melalui duit rakyat seperti cukai-cukai..

4. Cukai-cukai untuk rakyat perlu dikaji dengan teliti. Contoh:- Cukai jalan, cukai kenderaan mungkin boleh dihapuskan..Tol-tol yang dikenakan oleh syarikat lebuhraya perlu dikaji. Mungkin zaman aku tol-tol tersebut dah tak perlu rasanya.

5. Aku nak jadi PM pertama yang menurunkan harga minyak di Malaysia. Memang mustahil harga minyak diturunkan tanpa subsidi kerajaan. Tapi aku rasa negara Malaysia negara yang kaya mampu bagi subsidi kepada rakyat jika tidak wujud rasuah dan penyelewengan oleh orang-orang tertentu di syarikat-syarikat yang ada link dengan kerajaan. Contoh:- Agak pelik macam mana bank Islam boleh rugi RM200 juta. Tabung haji pun boleh rugi beratus-ratus juta.

6. Pelabuhan-pelabuhan di Malaysia perlu diupgradekan lagi. Kita kena jadi lebih hebat dari Singapura. Kedudukan kita yang menguasai selat Melaka memang amat menguntungkan kita. Malaysia perlu bertindak macam Singapura. Singapura walaupun negara kecil tapi pelabuhan dia power giler

7. Ni yang nak aku realisasikan sangat.. Gaji pekerja-pekerja yang dipandang sebagai bawahan perlu dimewahkan. Contoh.. Gaji pemungut sampah, yang kerja kat loji-loji tahi, yang kerja kat tempat pelupusan sampah, buruh-buruh binaan yang bergadai nyawa, petugas-petugas dewan bandaraya perlu di jaga kebajikan mereka. Biar tugas tersebut dipandang professional dan mulia. Tanpa mereka hidup kita kotor dan tak indah. Gaji mereka perlu besar dan mewah..

8. Duit rakyat banyak dihabiskan kat pusat-pusat serenti. Penagih-penagih dadah tegar ni bagi aku memang dah tak insaf-insaf. Jika ditangkap campak je mereka kat pulau-pulau terbiar, asingkan mereka dari masyarakat yang sihat, bagi mereka cangkul, baja, benih-benih sayur dan tanaman pertanian. Biar mereka bertani dan majukan sector pertanian kat pulau. Kalau mereka malas mereka kebulur. Ini tak.. Duduk kat pusat serenti bukan main relaks dan kenyang lagi. Tapi masyarakat juga perlu disedarkan dengan kempen-kempen yang banyak supaya bertolak ansur dan bimbing mereka yang dah insaf..

9. Events yang besar-besar seperti sambutan hari kemerdekaan, tahun baru dengan bunga api, konsert-konsert sana sini perlu dikaji semula.. Kalau sambut tahun baru dan kemerdekaan dengan kenduri doa selamat tak boleh ke? Tak tahulah mungkin events sebegitu ditaja oleh pihak swasta. Sukan-sukan antarabangsa yang ditaja pertandingannya di Malaysia perlu dikaji. Malaysia tak menang pun. Contoh Tour De Langkawi, kapal Layar di Terengganu. Berlaku pembaziran atau tidak..

DARI PERSPEKTIF SOSIAL..

Ni yang paling best nak bincang ni. Dari aspek ekonomi dan politik perlu ditelitikan lagi. Sebabnya aku tak masukkan rujukan dari perspektif undang-undang dan statistik ekonomi. Lebih kepada garis panduan yang terlalu umum.

1. Perlaksanaan undang-undang yang mencegah jenayah perlu tegas dan hebat. Secara besar-besaran. Contoh:- Galakkan JAIS, JAWI buat pantuan dan serbuan kat tempat2 maksiat Gaji mereka yang kerja kat jabatan-jabatan seperti JAIS, JAWI dinaikkan. Elaun buat serbuan juga perlu ditambah. Biar mereka bersemangat sikit buat serbuan. Lagi banyak serbuan lagi banyak elaun. Disko-disko tu biar kena ambush. Ini tak.. Bila JAWI buat ambush, yang ditangkap anak orang-orang besar, boleh berlagak lagi cakap mak bapak saya orang besar, orang-orang JAWI boleh kena buang kerja. Aku nak ajar minah-minah clubbing ni. Bila dah ditangkap wajah mereka perlu dipaparkan di media elektronik dan media cetak..

2. Kempen cegah maksiat perlu dioptimizekan. Contoh jika kita pernah ada kempen Tak Nak Rokok secara besar-besaran di seluruh negara. Kempen Tak Nak Maksiat perlu diwujudkan dan diperbanyakkan.. Mereka yang kena tangkap khalwat, berzina siarkan je dalam akhbar dan televisyen. Kiranya akhbar tak perlu nak hitamkan muka mereka yang dah terbukti bersalah. Semua ni untuk lahirkan rasa takut dan malu nak buat maksiat. Artis yang terjebak dengan gejala social perlu di gam terus dari masuk t.v. Ni dah kena tangkap khalwat dan dadah boleh tersengih-sengih kat t.v. menyampah betul aku!

3. Televisyen Islam dan Radio Islam setanding Astro dan Radio Era perlu wujud. Kita tak boleh nak sekat hiburan-hiburan non-Islamik secara total, perlu ada kompromi bagi mereka yang nak hiburan barat tapi kita boleh bagi peluang yang sama pada hiburan Islamik untuk berkembang. Kalau semuanya nak diharamkan on the spot. Nanti jadi macam Taleban tak pasal-pasal datang missile dari United States..

4. Aku bayangkan banyak filem-filem berunsurkan Islamik keluar di panggung wayang, penyanyi nasyid ditonjolkan sebagai idola masyarakat. Biarlah trend pembaca berita dan pengacara t.v cun yang bertudung macam Wardina dan Norjuma menguasai pentas dan arena televisyen. Yang jenis-jenis free hair dan rambut bonde biar mereka jadi terpencil.

5. Bandar buku dan ilmu perlu wujud. Sebuah tempat yang ada perbincangan ilmiah, intelektualisme perlu wujud macam bazaar-bazar perniagaan yang ada sekarang.Pengalaman aku mengembara di Indonesia.. Kat Jakarta ada pasar buku.. Kiranya macam Petaling Street yang jual buku-buku. Hebat betul lah budaya mebaca di kalangan rakyat Indonesia. Cuma bab ekonomi mereka tak maju-maju lagi. Aku nak siasat lagi masalah kat Indonesia tu bila aku mengembara di sana buat kali kedua.

6. Budaya inteletualisme perlu disuburkan dalam masyarakat. Mereka yang cemerlang akademik, penulisan, hebat di universiti di highlight dan ditonjolkan secara komersial. Program-program macam Bulan Membaca, Bulan Budi Bahasa perlu di komersialkan. Biar program inteletualisme jadi agenda nasional..

7. Artis-artis tak perlulah dimuliakan.. Banyak sangat anugerah-anugerah yang mereka dapat. Jasa mereka tak buat aku kenyang pun. Tambah dosa aku lagi adalah.. Yang perlu diperbanyakkan adalah anugerah-anugerah untuk sasterawan negara, penulis-penulis muda, saintis-saintis hebat negara perlu ditonjolkan dan diberi pangkat, anugerah sebanyak mungkin. Alim ulama juga perlu ditonjolkan sebagai idola. Perlu diwujudkan Akademi Fantasia version nak lahirkan golongan inteletual, pemimpin dan ulama.

8. Budaya bangga pada Bahasa Melayu perlu dikembalikan semula. Bahasa Melayu akan dimartabatkan kembali. Bahasa Inggeris juga tidak di kesampingkan tapi Bahasa Inggeris tidak boleh mengatasi kelebihan Bahasa Melayu.Kiranya kalau boleh rakyat amat digalakkan boleh menguasai pelbagai bahasa.

ISU-ISU UMUM

1. Rancangan rumah kos rendah untuk rakyat perlu diperbanyakkan.

2. Hospital-hospital kerajaan diperbanyakkan lagi..Ini tak.. ada ke patut dulu ada ura-ura menteri dalam kabinet nak naikkan kos perubatan di hospital kerajaan. Nasib baik tak jadi. Katanya rakyat kena bayar lebih demi berkorban untuk kerajaan. Kerajaan tu siapa? Rakyat yang pilih.. Dan rakyat nak kesenangan melalui kerajaan..

3. Hiburan yang mempunyai nilai seni estetika seperti kebudayaan Melayu, seni gamelan, teater aku sokong.

4. Pengangkutan awam yang efektif dan menjimatkan perlu wujud dengan lebih banyak. Ni tak.. Bas-bas awam tak mengjangkau ke semua area kawasan perumahan. tiket bas pun harganya nak dinaikkan. Harga minyak naik punya pasal lah ni.

5. Debat perdana antara parti-parti politik dibuat live telecast.. Persidangan parlimen pun kena live telecast.

6.. Gaji polis, JPJ, Kastam perlu mahal dan mewah.. Skim aras kenaikan gaji mereka perlu istimewa dan diasingkan berbanding kakitangan kerajaan lain. Polis misalnya bergadai nyawa jaga keselamatan rakyat..Dengan ini rasuah dapat dielakkan.. Tapi kalau masih lagi rasuah. Hukuman mereka kena lebih berat dari orang awam..

DARI PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG…

1. Seperti aku cakap tadi untuk permulaan rakyat perlu disedarkan tentang ilmu mengenai system perundangan secara Islam yang dinamik dan hebat. Promosi kena buat dulu. Tak boleh terlalu drastic. Kita kena melihat dari segala aspek. Mana-mana undang-undang yang sedia ada yang dah bagus diteruskan. Yang kena baiki dan ditambah kuasa perlu dipertingkatkan. Contohnya, menaikkan taraf mahkamah syariah lebih dari mahkamah sivil supaya lebih efektif dan efisien. Banyakkan peguam-peguam sivil muslim yang juga menguasai undang-undang syariah sebanyak mungkin..Ada sesetengah golongan masyarakat pandang serong profesion peguam ni. Pandangan mereka skeptikal. Mereka kat peguam bela orang salah dan tuduh orang betul. Sokong undang-undang buatan manusia. Pemikiran mereka sempit!! bagiku.. Menguasai sivil law adalah fardhu kifayah! Nak tau lebih lanjut mari bincang secara personal denganku.. Aku dah refer ustaz dah isu ni..

2. Aku rasa sakit hati tengok pemaju-pemaju rumah yang tak bertanggungjawab. Mereka yang bina apartment dan rumah yang tak selamat perlu dihukum dengan hukuman berat. Biar mereka takut dan buat dengan jujur Contoh apartment dan rumah yang roboh dan tanah runtuh pemaju yang terlibat kena hukuman penjara seumur hidup ke? Yelah kan cuba lihat kes Highland Towers berapa ramai yang jadi arwah.

3. Undang-undang environmental law perlu lebih kemas kini dan tegas dan ketat. Aku lihat senang-senang je bukit-bukit dan pokok-pokok boleh ditarah sesenang hati macam ada suatu kuasa tersembunyi di belakang kontraktor-kontraktor ni. Terlalu menjolok mata. Cuba tengok kat kawasan Ampang, Hulu Langat sehinggakan kawasan hujan dan tadahan air pun mereka nak gondolkan juga. Tiada hati dan perasaan ke mereka ni. Bila kawasan tadahan hujan dimusnah, ekosistem tak seimbang. Itulah sekarang banyak kes air kering dan banjir kilat kat Selangor kini.

4. BPR bagi kuasa yang betul-betul kuat pada mereka. Jangan ganggu penyiasatan mereka biar takut mereka yang menyeleweng dalam politik.

IMEJ SEORANG PERDANA MENTERI…

1. Biar mereka lihat perdana Menteri sebagai orang yang sangat prihatin pada masalah rakyat. Aku tidak mahu dilihat sebagai orang yang bermewah-mewah dengan projek-projek mewah tapi prihatin dengan isu rakyat. Contoh isu pengangguran, akhlak masyarakat.

2. Dilihat mempunyai banyak hubungan yang baik dengan masyarakat antarabangsa dan luar negara. Rakyat akan lihat diriku mempunyai banyak net working untuk tarik pelabur antarabangsa.

3. Tegas untuk banteras rasuah. Menteri yang korup pecat terus. Jangan bagi muka langsung.

4. Mementingkan budaya intelektualisme. Aku akan selalu menghadiri program keilmuan anjuran badan-badan seperti DBP.Bukannya banyak dilihat menyokong artis-artis dengan pergi kat program anugerah-anugerah buat mereka yang bagi aku tiada makna dan tujuan yang jelas untuk membina sahsiah terpuji rakyat.Sekadar hiburan semata-mata.

5. Sedia dikritik dan menerima teguran rakyat.

6. Buat apa yang dicakap.

7. Boleh bagi khutbah Jumaat.

8. Pandai berdebat, berucap dan berpidato

9. Mendekati ulama

10. Mahir dalam menjana ekonomi negara.

11. Aku nak buat pemantauan sendirian di Jabatan-jabatan kerajaan secara mengejut sekerap mungkin. Kakitangan kerajaan sering di cap malas dan tak produktif. Pemantauan tersebut jadikan mereka lebih berhati-hati dan berdedikasi dalam menjalankan tugas.

KESIMPULAN

Bagiku seorang perdana menteri mempunyai tugas yang sangat-sangat berat. Allah Maha Adil dalam menilai manusia. Bagiku rakyat adalah bersalah dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak kerana bersubahat memilih pemimpin yang tidak layan memimpin negara.

Aku optimis bahawa mahasiswa dan belia masa kini lebih advance pemikiran mereka kerana pendedahan dunia tanpa sempadan dapat dinikmati oleh mereka berbanding belia dan mahasiswa era-era P.Ramlee dulu. Sebab itulah tindakan yang tidak wajar dan tidak berwibawa..nothing new! yang statementnya yang kelihatan tiada unsur islamik dan banyak sangat nak taja hiburan oleh pemimpin-pemimpin yang background belajarnya sepenuhnya di luar negara dan tinggal di barat terlalu lama agak ketara dan menonjol di mata masyarakat. Gaya hidup mereka juga kelihatan terlalu mewah dan kebaratan. Susahlah nak dengar ayat-ayat Islamik dari ucapan yang mereka buat.

Tapi belia atau mahasiswa alaf baru lebih dinamik kerana banyak sumber boleh diperolehi di hujung jari.Mahasiswa masakini juga mendapat pendapat pendedahan secara mix antara Islam dan globalisasi.. Mereka ada kesedaran cuma mereka tiada booster atau pencetus kepada kesedaran pemikiran mereka. Ramai yang hanya meluahkan di blog dan perbincangan secara oral. Kalau lebih-lebih menyuarakan pendapat dikhuatiri dituduh di bawah AUKU atau biasiswa ditarik balik.

Artikel kali ini aku buat tanpa revision yang mendalam dan teliti.. Sekadar lontaran idea secara spontan jadi aku akui memang banyak kekurangan. Nanti bila ada kesempatan aku nak updatekan semua penulisan aku supaya jadi lebih teliti dan menarik untuk dibaca..

Sekian dulu buat masa ini..

Wassalam.

Ciri-ciri kepimpinan yang perlu ada pada seorang pemimpin masa depan...



Di blog inilah para future leaders akan berbincang, berdiskusi mengenai harapan masa depan tanpa rasa gentar dan gusar...

Sunday, November 7, 2010

Kelahiran sulung blog yang cukup bermakna ini...

Hari ini hari pertama blog ini bersiaran di udara. Impian untuk menjadi PM memang dah tersemat lama di dalam jiwa. Bukan gila kuasa, gila isim, tapi suatu anjakan paradigma akan aku lakukan jika kuasa itu ditanganku. Itu janjiku. Rakyat Malaysia. Kita perlukan perubahan. Semua rakyat Malaysia harus mempunya mentaliti untuk jadi pemimpin, untuk jadi PM. Barulah kita tidak diperkotak katikkan dengan para pemimpin yang siang malam kerjanya memikir untung nasib krono semara-mata. Jumpa anda di nukilan seterusnya kerana lebih banyak cerita menarik yang ingin dikongsi untuk pencerahan minda...